Borang Persaraan

Faedah Persaraan

 2.1       Kelayakan Permohonan Faedah Persaraan Wajib

a. Ahli yang layak memohon ialah ahli Kesatuan AUEGCAS yang telah menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut

b. Ahli yang bersara wajib umur 56 tahun layak memohon faedah persaraan.

c. Bayaran minimum ialah RM180.00 dan maksima sebanyak RM500 atau pun mengikut tempoh lama keahlian.

d. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh didapati di Ibu Pejabat AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan yang berkenaan ataupun menerusi laman ini dan hendaklah disertakan dengan sesalinan borang Kelulusan Pencen iaitu Borang Pen. 15

2.2       Kelayakan Permohonan Persaraan Pilihan Sendiri

  • Ahli yang layak memohon ialah ahli Kesatuan AUEGCAS yang telah menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut.

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh didapati di Ibu Pejabat AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan yang berkenaan ataupun menerusi laman ini dan hendaklah disertakan dengan sesalinan borang Kelulusan Pencen iaitu Borang Pen. 15. 

  • Bagi persaraan pilihan sendiri hadiah berbentuk cenderamata akan diberi.