Perutusan

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi

Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan AUEGCAS Negeri Perak Darul Ridzuan

Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru. Peranan berkesatuan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan zaman malah harus mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan. Atas kesedaran itu Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani Dan Bersekutu Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah menghasilkan Laman Web AUEGCAS Negeri Perak yang merupakan satu medan maklumat untuk menjelaskan secara komprehensif dan menyeluruh tentang peranan dan tanggungjawab kesatuan.

Justeru, segala maklumat yang disampaikan merupakan gambaran yang jelas tentang peranan yang sedang dijalankan untuk kepentingan kesatuan. Saya menaruh keyakinan dengan wujudnya Laman Web ini semua ahli AUEGCAS Negeri Perak dapat melayarinya.

Adalah menjadi hasrat AUEGCAS Negeri Perak untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh iltizam, kesungguhan dan komitmen melalui permuafakatan, memperkasakan akal budi, membudayakan ilmu serta sikap profesionalisme di kalangan ahli AUEGCAS Negeri Perak. Semoga kewujudan Laman Web ini akan menjadi teras kerangka dalam menjayakan kecepatan maklumat.

Sekian, terima kasih.

WAN MOHAMMAD ROSLAN BIN WAN ABD. RAHMAN, P.P.T, 
Pengerusi AUEGCAS Negeri Perak.