Borang Biasiswa

Faedah Biasiswa

1.1 Kelayakan Permohonan 

  • Ahli yang layak memohon ialah ahli Kesatuan AUEGCAS yang telah menjadi ahli selama lima tahun berturut-turut.

  • Anak-anak ahli Kesatuan AUEGCAS yang bersekolah Menengah Rendah Kebangsaan atau jenis Kebangsaan di Semenanjung Malaysia yang telah lulus peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR).

  • Satu salinan keputusan peperiksaan dan perakuan Guru Besar Sekolah.

  • Bayaran sebanyak RM 130.00 dibuat dalam dua peringkat.     

Nota: Semua pemohon hendaklah dipastikan tidak melepasi Tingkatan Lima.

Proses Pembayaran

Bayaran adalah dibuat dua kali setahun.

  • Bayaran pertama adalah dibuat selepas pada 1 April pada setiap tahun.

  • Bayaran kedua dibuat sebelum 31 Mac pada tahun berikutnya.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di IbuPejabat  AUEGCAS atau di Cawangan-Cawangan berkenaan atau yang boleh diperolehi menerusi laman ini dan hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat tidak lewat daripada 30 April pada tahun semasa.

Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.  Walaubagaimanapun permohonan boleh dikemukakan semula pada tahun berikutnya.