Sepintas Lalu

Selamat Datang ke Laman Web Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan. Laman ini didirikan khususnya untuk menyebarkan berita tentang aktiviti-aktiviti anjuran kesatuan. Di dalam laman ini juga tersenarai nama ahli-ahli Jawatankuasa Kerja di setiap negeri. Ini adalah untuk membantu ahli-ahli untuk lebih mengenali wakil-wakil mereka dan seterusnya membantu AUEGCAS merealisasikan visi dan matlamat kesatuan.

APA ITU AUEGCAS?
Amalgamated Union of Employees in Government Clerical and Allied Services (AUEGCAS) atau Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan. Keahliannya mengikut perlembagaan asal terdiri daripada Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Rendah, Operator Mesin Prosesan Data, Operator Komputer, Operator Telefon dan jawatan Gred-gred Bersekutu dari pelbagai Kementerian dan Jabatan-Jabatan Persekutuan dan Negeri. Terkini yang boleh menyertai AUEGCAS ada 6 skim perkhidmatan seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kewangan), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pembantu Akauntan dan Pembantu Pengurusan Murid.

Ditubuhkan pada 24hb September 1963 dan bergabung dengan CUEPACS, MTUC dan Public Services International (PSI).

BAGAIMANA MENJADI AHLI?

  • Hubungi Ibu Pejabat AUEGCAS, Setiausaha Cawangan atau wakil AUEGCAS atau rakan sekerja yang telah menjadi ahli.

  • Isikan borang dan yuran pendaftaran RM 2.00 melalui wakil AUEGCAS anda,

  • Yuran bulanan sebanyak RM 3.00 akan dibuat melalui potongan gaji.

MENGAPA ANDA PERLU MENJADI AHLI?

  • Tanpa kesatuan Sekerja, anda adalah keseorangan dan tidak dapat menyuarakan sesuatu kerana ianya melibatkan ahli yang ramai.

  • Melindungi dan mempertahankan kebajikan anda.

  • Menbimbing supaya menjadi pekerja yang baik dan berdisiplin.

  • Membawa kesempurnaan kepada kehidupan dan taraf sosio-ekonomi.

  • Kesatuan Sekerja hanya boleh memperolehi kesemua kemudahan bagi ahli-ahlinya, sekiranya semua pekerja bersatu dan memperkuatkan Kesatuan Sekerja.

  • Mereka yang tidak menjadi ahli adalah punca penghalang dalam sesuatu perjuangan dan tuntutan.

    Sanggupkah anda menerima faedah, hasil perjuangan dan keringat orang lain? Sekiranya anda masih belum menjadi ahli!!

  • SERTAILAH SEKARANG !!!

“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”